Bismillah.

Jumpa lagi, di sini atau di sana.

bangkit !

jatuh bangun dalam hidup adalah lumrah hidup insan di dunia
cubaan dan dugaan yang mendatang merupakan ujian untuk mentarbiah diri jiwa dan iman
kesungguhan dan semangat yang kuat dapat membantu diri melalui segala onak duri dengan tabah dan sabar
percayalah duhai insan, disetiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada ganjaran yang tersembunyi disebaliknya
TEGUHKAN PRINSIP DIRI *hanya kerana Allah* TIKA BADAI MELANDA :)

jangan ! jangan ! jangan! sesekali kau jatuh dan tewas dengan permainan musuh
musuh itu mempunyai 1001 cara halus untuk mempengaruhi hidupmu
mengalahkan dirimu secara perlahan-lahan tanpa kau sedar
inginkah dikau dipermainkan oleh musuh-musuhmu???
jangan sesekali kau benarkan!

Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang benar
matangkan pemikiranmu
jernihkan hatimu
luaskan pandanganmu
insyaAllah, kau pasti berjaya meraih reda Allah
sentiasa lah bermunajat kepadaNYA
kerana DIA yang dapat membantumu walau dalam apa keadaan sekalipun

ingatlah duhai insan
tika kau jatuh
tika kau merasa hidupmu terlalu payah untuk dilalui
tika kau rasa kau tiada tempan mengadu nasib
berdoa dan bermohonlah pada Allah
dekatkan dirimu denganNYA
sesungguhnya
hanya DIA yang dapat menenangkan dirimu

percaya dan yakin
bukan kau seorang yang diuji
lebih ramai insan di luar sana disapa dengan dugaan yang lebih mencabar

bangkit lah ! duhai insan
dari kejatuhan semalam
jangan kau terlalu lama menangisi tragedi lalu
kau mampu bangkit!
bangkitlah :)

bangunkan semangatmu
kuatkan jati diri mu
tak selalunya orang yang jatuh itu terus tersungkur
tapi bangunlah dari kejatuhan itu
dikau akan lebih merasai indahnya nilai kesusahan yang kau alami saat kejatuhanmu
dikau akan mengetahui payahnya mendapatkan kesenangan

bangkit! bangun!
kau insan terpilih
di mana suatu saat 
kau mampu menuntut manusia lain yang mengalami nasib sepertimu
supaya tetap bersandar pada Yang Maha Esa
kerana kau pernah merasai susahnya menggapai kesenangan

.sekian.
^_^

090113
2200





renung-renungkan dan selamat beramal