Bismillah.

Jumpa lagi, di sini atau di sana.

bangkit !

jatuh bangun dalam hidup adalah lumrah hidup insan di dunia
cubaan dan dugaan yang mendatang merupakan ujian untuk mentarbiah diri jiwa dan iman
kesungguhan dan semangat yang kuat dapat membantu diri melalui segala onak duri dengan tabah dan sabar
percayalah duhai insan, disetiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada ganjaran yang tersembunyi disebaliknya
TEGUHKAN PRINSIP DIRI *hanya kerana Allah* TIKA BADAI MELANDA :)

jangan ! jangan ! jangan! sesekali kau jatuh dan tewas dengan permainan musuh
musuh itu mempunyai 1001 cara halus untuk mempengaruhi hidupmu
mengalahkan dirimu secara perlahan-lahan tanpa kau sedar
inginkah dikau dipermainkan oleh musuh-musuhmu???
jangan sesekali kau benarkan!

Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang benar
matangkan pemikiranmu
jernihkan hatimu
luaskan pandanganmu
insyaAllah, kau pasti berjaya meraih reda Allah
sentiasa lah bermunajat kepadaNYA
kerana DIA yang dapat membantumu walau dalam apa keadaan sekalipun

ingatlah duhai insan
tika kau jatuh
tika kau merasa hidupmu terlalu payah untuk dilalui
tika kau rasa kau tiada tempan mengadu nasib
berdoa dan bermohonlah pada Allah
dekatkan dirimu denganNYA
sesungguhnya
hanya DIA yang dapat menenangkan dirimu

percaya dan yakin
bukan kau seorang yang diuji
lebih ramai insan di luar sana disapa dengan dugaan yang lebih mencabar

bangkit lah ! duhai insan
dari kejatuhan semalam
jangan kau terlalu lama menangisi tragedi lalu
kau mampu bangkit!
bangkitlah :)

bangunkan semangatmu
kuatkan jati diri mu
tak selalunya orang yang jatuh itu terus tersungkur
tapi bangunlah dari kejatuhan itu
dikau akan lebih merasai indahnya nilai kesusahan yang kau alami saat kejatuhanmu
dikau akan mengetahui payahnya mendapatkan kesenangan

bangkit! bangun!
kau insan terpilih
di mana suatu saat 
kau mampu menuntut manusia lain yang mengalami nasib sepertimu
supaya tetap bersandar pada Yang Maha Esa
kerana kau pernah merasai susahnya menggapai kesenangan

.sekian.
^_^

090113
2200





renung-renungkan dan selamat beramal

titian

titian???



nur : iz, payah kan nak imbangkan moto bila lalu titi tu kan ? nampak macam senang je ~

izzah : pulak ?

nur : kau tak rasa susah ke nak lepas ? lagi-lagi time test?

izzah : latih la banyak kali .

nur : dah! banyak kali dah . yang geramnya , time latihan , aku ok je ,,, lepas je. tapi masa test hari tu , boleh pulak aku sangkut. geram rasanya! ada je yang tak kena!

izzah : sure kau dah cuba yang terbaik? dah banyak latihan? dah cukup persediaan mental fizikal?

nur : semestinya sudah

izzah : ambooi~ yakin benar kawan aku sorang ni , bagus-bagus ... tapi kan , aku rasa kau belum cukup sedia lah .

nur : suka-suka kau je nak cakap macam tu kat aku ! terhiris tau!!!

izzah : eh eh , maaf ye , tak berniat pun . cam ni lah . aku pun pernah alami apa yang kau alami . rasa down sangat-sangat. tapi , mak ayah aku pesan , jangan cepat putus asa bila kita jatuh. sebab , orang akan lebih menghargai kejayaan nya bila mereka pernah kenal erti kejatuhan. jadi , kau jangan lah cepat putus asa . kan tak elok . rugikan diri sendiri je .

nur : hurm ,,, tapi aku tak boleh la~... ni dah masuk test kali ketiga ni . malu aku dengan pakcik tu

izzah : nur , bersabar lah . mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik. mungkin juga Allah nak nur belajar sesuatu .

nur : apakah ? ~

izzah : masa iz gagal kali pertama , iz cuba muhasabah diri . mungkin ada yang tak kena pada diri iz. mungkin juga masa tu iz belum cukup sedia . jadi iz perbaiki mana yang kurang .

nur : apa je yang buat iz bangun semula?

izzah : mak iz kata ''syaitan pun tak pernah putus asa nak sesatkan anak cucu nabi Adam" . jadi iz tak nak lah dikalahkan oleh syaitan . iz, mohon dan doa pada Allah moga Allah berikan iz kekuatan untuk bangkit . didik dan bimbing iz untuk tetap kuat dalam menggapai apa yang iz nak dengan reda Allah. "Allah tak akan membebankan seseorang tu dengan apa yang hambaNya tak mampu :)

nur : hurm,,, betul juga .

izzah : cuba lah yang terbaik. niat yang baik . insyaAllah , Allah pasti bantu kita menuju kejayaan . membantu nur melepasi ujian moto ^_~ percaya dan yakin padaNYA . itu lah yang sebaik-baiknya

nur : insyaAllah . aamiin. nur akan cuba semampu nur. thanks iz , sebab sedarkan nur

izzah : sama-sama . moga Allah reda. dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali

nur : aamiin
*************
izzah : eh eh , pernah tak nur terfikir?

nur : fikir apa ye?

izzah : tentang titian tu?

nur : ???

izzah : titian tu ibarat perjalanann kita menuju syurga Allah

nur : ha ah laa... baru terfikir ... hehe

izzah : kalau kita membuat persediaan awal dan secukupnya . insyaAllah kita dapat melepasi nya kan . macam tu juga bila mana kita nak mendapatkan syurga Allah. mesti melalui halangan dan rintangannya dahulu. tapi awas , jangan sampai terjatuh . sebab di akhirat nanti bila kita jatuh umpama kita jatuh ke neraka Allah . tak dapat dibayangkan rasanya.

nur : nur tak nak jatuh kat sana nanti . tak nak . tak nak !

izzah : buat lah persediaan dari sekarang . di dunia ni lah masa nya kita perlu betulkan dan perbaiki mana yang kurang. insyaAllah masih sempat untuk kita menyesal di dunia ni selagi masih ada nyawa yang Allah pinjamkan pada kita. AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR . lebih baik menyesal di dunia daripada menyesal di akhirat . sebab kat dunia ni kita masih boleh bertaubat, tapi kalau dah ada kat akirat nanti ??? tak dapat nak buat apa dah . lagi pun , kita tak tau bila ajal kita datang. sebab tu , perlu ubah dari sekarang . sekarang . sekarang . AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

nur : susah lah iz . susah

izzah : nak susah sekarang kat dunia ni atau susah nanti kat akirat?

nur : mestilah , susah sekarang. susah dahulu pendapatan , susah kemudian tak berguna dah!

izzah : hah!. tau pun. pandainya dia ~

nur : alhamdulillah .aamiin .  nur akan cuba mana yang mampu. iz tolong nur ye

izzah : insyaAllah . kita cuba sama-sama :) mencari reda Allah . jom!

nur : jom !!!


***wallahua'lam***

nota kaki : maaf jika ada salah silap . tegur kesalahan saya. syukran jiddan .
renung-renungkan dan selamat beramal