Bismillah.

Jumpa lagi, di sini atau di sana.

Meminta PadaNYA

Bismillahirahmanirahim

Dalam kita mencari
dan mengkaji
pasti ada buruk baiknya
2 pilihan yang diberi
pilih lah yg terbaik

Dalam mencari yg baik
pasti ada dugaan dan ujiannya
mesti pandai buat pilihan
istikharah itu penting ...
bukan untuk mencari pasangan sahaja
tapi untuk kehidupan harian juga ^_~

Dalam kita mencari kebenaran
pasti terselit kekhilafan
ingat!
jangan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan
syaitan itu sudah hidup lama
juga sudah ada PHD
ingat!
kita juga ada Ilahi
yang sentiasa dihati

Kadang insan mudah terarah kepada yang tak baik
mengapa? (anda sendiri ada jawapannya)

Kadang insan juga senang kepada kebaikan
mengapa? (anda juga ada jawapannya)

Apa yang penting???
minta lah pertolongan dan bantuan
dari Ilahi
kerana DIA Maha Mengetahui


wallahua'alm
renung-renungkan dan selamat beramal

Hargai

Bismillahirahmanirahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang)

Hargailah bila mendapat pertolongan seseorang
kerana Allah telah menghadirkan si dia (insan)
untuk membantu dirimu dikala susah senang

Ingatlah dirimu akan pertolongan Allah
DIA (Allah) sentiasa membantu hamba-hambaNYA
melalui insan-insan yang dihadirkan buatmu

Jika suatu saat/detik/ketika
insan yang dikau harap untuk membantumu
tidak hadir untuk membantumu
usah kau bersedih hati

Ingat!  Allah Maha Mengetahui segala-galanya
ada kala ,,,
Allah ingin melihat usahamu sendiri menyelesaikan masalah
sesuatu ujian yang bertandang dalam kehidupanmu
ada kala ,,,
Allah hadirkan insan yang lebih layak menjadi pendampingmu
disaat ujian itu bertandang
meyapa hari-hari mu

Duhai insan-insan yang sedang diuji
bersangka baiklah terhadap Allah
kerana DIA segala-galanya

Letakkan seluruh harapanmu padaNya...
InsyaAllah ,,,
kau kan ketemu kebahagiaan
dalam ujian =)

wallahua'lam

*ia akan berakhir*
renung-renungkan dan selamat beramal