Bismillah.

Jumpa lagi, di sini atau di sana.

hati dan perasaan

bismillahir rahmanir rahim (dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian . ^_^
ok . hari ni zu nak kongsi sesuatu yang bermanfaat. insyaAllah.
selamat membaca~
*jangan lupa... sebelum baca...
-baca basmalah
-baca selawat

*************/******/* ********* ********* ****
A: boleh ana tanya soalan peribadi?

B: apa dia?

A: enta masih ada perasaan pada dia (kawan perempuan)?

B: siapa yang enta maksudkan?

A: siapa lagi orang itu lah...

B: dia...ermmm, kalau sudah kenal mestilah sayang. sayang bukan boleh dibuang begitu sahaja.
... selepas kita mengambil masa mengenali seseorang, kita pasti akan menyayanginya. sekalipun perhubungan kami sudah berakhir, tetapi sayang tetap sayang.

A: banyak pengorbanan enta pada dia? enta selalu belanja dia makan?

B: belanja makan apa pula? enta ni... hehe!... sejujurnya, kami tidak banyak kenangan. Agama larang kita couple (sebelum akad nikah) macam pasangan barat. jadi, ana bataskan pertemuan kami. termasuklah berbual di telefon juga ana tetapkan masa. kami banyak berutus surat. bukan mudah . ia memerlukan ketegasan dan prinsip diri yang teguh.

A: memang susah. tambahan pula remaja zaman sekarang kalau ber'couple mesti pegang-pegang tangan atau jalan berdua-duaan. orang zaman sekarang kalau tinggal berdekatan, mana ada bercinta melalui surat kecuali segelintir sahaja.

B: itu masalahnya tetapi ana sudah cuba susunkan hubungan kami supaya berdiri atas dasar nasihat menasihati kerana Islam.

A: berutus surat? rajin enta menulis?

B: ya.kami banyak berutus surat. jika dia cuba bertanya hal-hal perasaan, ana cepat  mengingatkannya bahawa hidup adalah untuk hakikat dan kenyataan. bagi menghadapi hakikat dan kenyataan, kita memerlukan ilmu dan kesabaran. bukannya rasa dan angan-angan

A: enta tidak rasa macam tegas sangat? sesetengah orang anggap cara macam ini terlampau syadid (tegas) ?

B: soal syadid ataupun tidak, itu perkara kedua. kita perlu kembali kepada agama. Islam larang kita menghampiri zina, oleh itu mana-mana perbuatan yang menjuruskan ke arah zina perlu dijauhi. pertemuan, perbualan dan percampuran yanvg tidak disyarakkan perlu dijauhi sama sekali. biarlah nampak syadid pun, namun itulah yang paling selamat dalam  menjauhi fitnah.

A: susah juga mahu ikut apa yang agama suruh. maklumlah, zaman sekarang kebanyakan orang ada handphone. boleh sms bila-bila masa. bolrh berbual bila-bila masa. kalau iman tidak kuat, macam-macam boleh jadi.

B: remaja memang mudah ditipu oleh perasaan sendiri. dalam usia muda sepatutnya mereka menjaga kesucian diri dan membina karisma sebagai bakal ibu dan bakal bapa. bagi membina karisma mereka memerlukan ilmu dan panduan agama. malangnya, mereka sibuk dengan perkara yang tidak perlu. mereka sibuk sms dan berbual kosong. kemudian, apabila rumah tangga didirikan kebanyakan mereka hilang arah. tidak tahu mahu bawa keluarga ke mana. saat itu baru tercari-cari rujukan. masa itu sudah dikira terlambat.

A: macam itu rupanya. wawasan enta itu terlalu jauh!

B: lebih jauh sesuatu wawasan, lebih baik. kita lelaki,kita adalah bakal suami dan bakal seorang bapa. kita adalah pemimpin kepada keluarga. kita juga adalah khalifah di muka bumi. kita perlu ajar isteri perkara yang benar-benar diperlukan dalam menempuh kehidupan. kita perlu mendidik anak-anak kita dengan didikan yang betul. bukan membawa perkara yang dirasakan indah dan mengasyikkan sedangkan tidak memberi apa-apa manfaat.

A: susah juga. ana sendiri belum tentu dapat buat macam itu. oh ya, semasa enta berkenalan dengan dia, enta banyak berbincang tentang baitul muslim?

B: tidak juga. kami banyak berbincang tentang pengajian. tapi sayang sekali...
...sayang sekali hubungan itu tidak sampai ke mana. namun, ana tetap bersyukur sebab kami tidak pernah mengambil kesempatan untuk bermain perasaan sepanjang perhubungan itu. malah ana sendiri banyak membimbing dia untuk menjadi manusia berprinsip. jika selepas itu dia mendirikan rumah tangga, sekurang-kurangnya nasihat yang pernah ana berikan digunakannya untuk membina diri dan keluarganya.

A: bertuah dia dapat kenal enta.

B: bertuah? tidak adalah
... ana kadang-kadang berasa kesal dengan tindakan sendiri. kami tidak sepatutnya bertemu, kami tidak sepatutnya bermain surat div zaman remaja. kami harusnya tumpukan pada pelajaran dengan sebaik-baiknya. tetapi, apakan daya perasaan itu datang dengan sendiri walaupun kami cuba menjaga batasannya. akibatnya, perpisahan itu buat ana berasa perit.

A: bersabarlah...

B: itu yang ana cuba lakukan sekarang, bersabar. yalah, selepas memberi komitmen untuk suatu hubungan, tiba-tiba terkandas di tengah jalan tanpa dapat diselamatkan. pasti kita merasa kecewa.

A: enta... hidup ini kalau tidak pernah rasa pahitnya sebuah kekecewaan, kita tidak akan rasa betapa manisnya sebuah kebahagiaan.

B: hidup memang begitu, kita perlu melalui waktu sukar, barulah akan timbul kekuatan dalam diri. kalau selalu dalam kesenangan, semangat juang akan menurun.

*************/******/* ********* ********* ****

jeng jeng jeng ~... panjang ? tidak mengapa. insyaAllah panjang yang bermanfaat . btw, zu ambil dari sebuah buku (novel)... tajuknya WARKAH SYURGA BERBAU SYURGA by A.UBAIDILLAH ALIAS
wallahua'lam

p/s:kepada pihak tertentu, maaf sebab ana kongsi bahagiaan ini dalam blog ana. mohon kemaafan.

-sekian-


renung-renungkan dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment