Bismillah.

Jumpa lagi, di sini atau di sana.


ujian itu hadirnya tanpa disedari
dan perginya jangan disesali

ia datang dan pergi
mengajar insan erti mensyukuri
atas nikmat yang diberi Ilahi

jangan kerna ujian itu
rosak hidupmu
jangan!

barangkali dengan hadirnya ujian
kau belajar erti ketabahan dan kekuatan
kau cipta kehebatan
kau lakarkan kewaspadaan
kau mengukir kenangan
kau corakkan kesenian
yang sememangnya memberi erti kebahagiaan

hidup ini akan sunyi tanpa ujian

#Selalunya ujian kebahagiaan itu kurang disedari berbanding ujian kesusahan
Ujian kesusahan biasanya cepat mengingatkan seseorang kepada Penciptanya. Orang-orang yang diuji dengan kesusasahan selalunyaakan bermunajat kepada Allah SWT untuk mengadu dan memohon pertolongan. Ujian berupa kesusahan pantas menarik seseorang yang lalai untuk mendekatiNya. Merayu, mengharap dan munajat agar menemui penyelesaian untuk masalah mereka#

Ramai manusia biasanya akan tewas dengan ujian berupa kesenangan dan kebahagiaan

Bilamana rasa terUJI
~>Berdoa dan berfikiran positif, hanya itu yang termampu<~

[=Indahnya mengharungi hidup apabila memiliki tempat bergantung yang Maha Sempurna=]

renung-renungkan dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment