Bismillah.

Jumpa lagi, di sini atau di sana.

muhasabah buat diri

muhasabah buat diri

bila tinggal sendirian, dalam kesunyian...
pernah tak ?
kita imbas kembali apa yang dah kita buat ?
untuk agama Allah.

seringkali kita abaikan suruhan & laranganNya
meskipun kita tahu sesuatu perkara itu
baik dan buruk pada pandanganNYA
tapi kadang kita buat2 tak tahu
hanya untuk memuaskan nafsu
patut kah kita?

bila Allah uji kita
dengan sedikit kepayahan
lantas kita terus mengeluh
kata Allah tak adil

pernah kita fikir?
siapa sebenarnya yang tak adil?
yang tak pernah bersyukur dikala senang
dan merungut dikala susah

contoh?
terlalu banyak .

cari lah masa untuk kamu bersama2 Allah...
hanya berdua sahaja.
masa itu sentiasa ada
tinggal kamu sahaja.
hendak atau tidak

fikirlah .
siapa yang beri kamu nyawa?
beri kamu kehidupan?
Allah kan?
jadi mengapa sukar bagi kamu meninggalkan apa yang Allah larang dan buat apa yang Allah perintahkan

mudah untuk mengatakan
aku ingin masuk ke dalam syurga!
tapi perlaksanaannya?bagaimana?
sudahkah kita bersedia untuk dijemput kembali ke tempat asal?

mari , kita fikir2kan kembali...
sudah layakkah kita menjadi hamba Allah yang dijanjikan syurga?
renung-renungkan dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment