Bismillah.

Jumpa lagi, di sini atau di sana.

sebuah pencarian (1)


'' Allah tak pernah menjanjikan hidup mudah tanpa ujian ''. begitulah kata-kata dari seorang teman seperjuangan tika bersama dahulu .

kadang kala , terfikir juga aku. mana mungkin aku kecapi kesenangan sebelum aku kenal erti kesusahan. semasa zaman kanak-kanak dulu pun aku bersusah payah bangun walaupun berulang kali jatuh. dari merangkak sampai lah aku boleh berlari. tapi, mengapa kini aku mudah putus asa? "...jangan lah kamu berputus asa dengan rahmat Allah..."(Az-Zumar 39:53)... menyalahkan takdir? mungkin aku perlu cari sesuatu yang hilang! yah!!! sesuatu yang perlu aku ambil kembali.

''iiifaaaa!!!'' jerit rakan sebilikku. tersentak aku dari lamunan yang sudah jauh melayang.

''iyaaaa...'', balasku dari kejauhan.

''fa!..., aku rasa macam dah give up lah! setiap hari mesti ada je masalah yang timbul. serabut kepala otak aku ni..''

''lahh...nanti aku tolong bersihkan ye kepala kau tu ... haha ...''

''serius ni!''

''eh?... ok ok. ce kau story, lagu mana yang buat kau serabut ni''

''cam ni ceta nya...***''

Nailah pun menceritakan masalahnya kepada Iffah. Dia kusut memikirkan cinta, keluarga, dan tanggungjawabnya di sekolah. Cinta sang jejaka kepada gadis sepertinya memang sentiasa mengganggu pelajarannya. Tambahan pula, keluarganya seringkali mempunyai masalah dan kawan-kawan di sekolahnya seringkali melakukan pelbagai masalah.

"sabar ye Ila. Allah tak pernah menjanjikan hidup mudah tanpa ujian'', {senyum} ''...tapi Allah sediakan jalan penyelesaian disetiap ujian...''

''kau cakap senanglah fa! sabar sabar! kau tak rasa apa yang aku rasa. kau tak alami apa yang aku alami!!!''

{senyum} '' Allah ada pelbagai cara nak uji kita ila. memang lah senang nak cakap sabar. memang aku tak rasa apa yang kau rasa dan memang aku tak alami apa yang kau alami sekarang. tapi esok lusa , mana aku tau kalau Allah nak uji aku . aku hanya mampu bagi kau semangat , hanya mampu bagi dorongan pada kau supaya satu hari nanti bila aku jatuh seperti mana kau pernah jatuh, aku harap kata-kata dan semangat yang pernah aku beri pada kau akan kembali pada aku. aku harap agar kau dapat ingatkan aku semula di saat itu yang 'Allah tak pernah menjanjikan hidup mudah tanpa ujian, tapi Allah sediakan jalan penyelesaian disetiap ujian...'. Aku juga tak selalunya akan kuat. aku pun manusia biasa dan bukannya malaikat  ''

''ifa! kau ni. suka buat aku toucing tau . tengok! dah banjir dah.''

''sorry. Aku cuma bagitau je. baguslah kau toucing, sekurang-kurangnya aku tau yang kau tu berhati lembut...haha''

''yela tu. Alhamdulillah hati aku ni lembut...ngeh ngeh .tapi... boleh tak kau tolong aku. cara nak tenangkan kekusutan aku. please Ifaaa...''

''tunggu sat naa...'', berlalu mengambil sebungkus bungkusan.

''nah. ambil ''

''tafsir al-Quran. kenapa dengan tafsir ni?''

''baca lah sayang. tak kan aku nak suruh kau jual pulak =='... aku tak ada cara dan jalan lain untuk tolong kau, setakat ni , itu saja lah aku aku mampu. aku harap Allah sentiasa membantu kau. yang penting percaya pada Allah dan sentiasa meletakkan sepenuh pengharapan hanya kepada Allah itu yang utama''

>>>bersambung<<<


renung-renungkan dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment